Friday, July 27, 2012

Alquran Tajwid Dan Terjemahan:::Maghfirah Pustaka



MPBK1002 Alquran Tajwid Dan Terjemahan (Kulit Keras dan Besar) saiz A4
Maghfirah Pustaka
harga: RM130.00   


berminat sila sms 017-5017275 or PM or layari www.azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=MPBK1002/azamreaders



MPBK1003 Alquran Tajwid Dan Terjemahan (Kulit Keras dan Kecil) saiz B5
Maghfirah Pustaka
harga: RM70.00   


httpberminat sila sms 017-5017275 or PM or layari www.azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=MPBK1003/azamreaders




Dilengkapi Asbabun Nuzul (sebab turun ayat), Hadis Sahih (yang berkaitan) dan pembahagian subtopik







Panduan Tanda Baca







Indeks Tematik


Zikir Ibu Mengandung::: Muhammad Mahmud






KPBK1064 Zikir Ibu Mengandung
Muhammad Mahmud

harga: RM15.00   


berminat sila sms 017-5017275 or PM or layari www.azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=KPBK1064/azamreaders



Di saat kehamilan, seorang ibu akan mengalami perubahan-perubahan psikologi. Kegelisahan dan kecelaruan biasanya menghampiri. Apatah lagi, ibu itu mengandung anak sulung. Faktor tekanan jiwa atau stress yang mungkin menjadi masalah tersendiri baginya.

Tapi usah bimbang, jangan khuatir, sebagai seorang muslimah kita mempunyai tips tersendiri untuk mengatasi semua itu. Antara caranya adalah dengan membanyakkan zikir kepada Allah dengan zikir yang sunnahkan. Dengan cara begitu hari-hari ketika mengandung akan terasa lebih bermakna.

Buku ini juga dilengkapi dengan pengetahuan soal pahala yang akan diberikan oleh Allah kepada ibu mengandung. Ini sangat menarik untuk dikaji dan didalami, kerana setiap hembusan nafas ibu yang mengandung dapat memberatkan amalnya di akhirat kelak.

Semoga kita semua diberikan Allah keberkatan dalam setiap usaha kita menjadi insan yang bertaqwa.

Thursday, July 26, 2012

Majalah Solusi Isu 46; Taubat Sebelum Terlambat



TBMJ1046 Majalah Solusi Isu 46 Taubat Sebelum Terlambat
harga RM10.00   


berminat sila sms 017-5017275 or PM untuk harga istimewa or layari azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=TBMJ1046/azamreaders

Wednesday, July 18, 2012

Terjemahan Al-Quran, Surah 6 Al-An'am, ayat 3 (6:3),


MENGINGATI DIRI SENDIRI DARI TERJEMAHAN AL-QURAN, SURAH 6 AL-AN'AM, AYAT 3(6:3), 

"Dan Dia lah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; Ia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan, dan Ia juga mengetahui apa yang kamu usahakan" (6:3)

Terjemahan Al-Quran, Surah 6 Al-An'am, ayat 2 (6:2),


MENGINGATI DIRI SENDIRI DARI TERJEMAHAN AL-QURAN, SURAH 6 AL-AN'AM, AYAT 2(6:2), 

"Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan).(6:2)



,

Terjemahan Al-Quran, Surah 6 Al-An'am, ayat 1 (6:1),


mengingati diri sendiri dari Terjemahan Al-Quran, Surah 6 Al-An'am, ayat 1(6:1), 

"Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan tuhan mereka".(6:1), 

Tuesday, July 17, 2012

Terjemahan Al-Quran, Surah 5 Al-Maidah, ayat ke 120 (5:120),



mengingati diri sendiri dari Terjemahan Al-Quran, Surah 5 Al-Maidah, ayat ke 120 (5:120), 

"Allah jualah yang menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
(5:120),

Saturday, July 14, 2012

Terjemahan Al-Quran, Surah 5 Al-Maidah, ayat ke 100 (5:100),


mengingati diri sendiri dari Terjemahan Al-Quran, Surah 5 Al-Maidah, ayat ke 100 (5:100), 

"Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya."(5:100),

Terjemahan Al-Quran, Surah 5 Al-Maidah, ayat ke 99 (5:99),

mengingati diri sendiri dari Terjemahan Al-Quran, Surah 5 Al-Maidah, ayat ke 99 (5:99),  


"Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan (perintah-perintah Allah) sahaja; dan Allah sentiasa mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan" (5:99)

Thursday, July 12, 2012

Syurga Lebih Hampir Tanpa Riba:::Hisham Ahmad







Riba, salah satu dosa besar yang nyata namun sering dipandang enteng
oleh kebanyakan orang. 


Justeru, riba hidup subur dalam banyak urusan seharian kita.
 Riba paling tegar dalam sistem guaman,
 perbankan dan kewangan. Amalan riba membuka ruang
 untuk kita meniti jalan pintas ke neraka. 

Pun demikian, kita sebenarnya mampu untuk melangkah lebih hampir ke syurga
 andainya riba kita tinggalkan. Syurga Lebih Hampir Tanpa riba membincangkan
 isu dan permasalahan riba dari perspektif pengamal undang-undang dengan 
bersandarkan dalil dan nas al-Quran, hadis dan fatwa-fatwa ulama. 

Wajib dimiliki, dibaca dan dihayati oleh setiap pengamal undang-undang terutamanya
 pada para peguam Muslim yang bercita-cita mahu meletakkan syariat Allah itu 
sebagai tunggak dalam karier mereka.

 Buku ini juga mengajak umat Islam untuk meninggalkan riba dan memilih 
instrumen kewangan yang patuh syariah untuk mendapat keberkatan dalam hidup.


 Syurga Lebih Hampir Tanpa Riba, boleh dijadikan rujukan oleh pengamal undang-undang,
 mereka yang berminat menjadi peguam, dan amat sesuai juga dibaca oleh mereka yang
 terlibat dalam bidang kewangan dan perbankan. Bagi anda yang sedang 
menimbang-nimbang untuk membuat sebarang pinjaman bank atau 
membuat pilihan instrumen kewangan, bacalah dahulu buku ini,
Iinsya-Allah anda tentu tidak salah membuat pilihan selepas membacanya!




GB0151 Syurga Lebih Hampir Tanpa Riba
Hisham Ahmad

harga: RM22.00   



Berminat sila SMS 017-5017275 or PM untuk harga istimewa or layari www.azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=GB0151/azamreaders



Bukan Sekadar Resepi:::Roza Roslan





BUKAN SEKADAR RESIPI adalah kisah perjalanan 
lebih empat dekad menikmati pelbagai resipi. 
Sebahagiannya merupakan resipi keluarga sejak turun-temurun. 


Manakala sebahagian lagi adalah resipi yang penulis kutip 
sepanjang meniti denai  kehidupan. 


Apa yang terkandung di dalam buku ini memang bukan sekadar resipi!







GB0182 Bukan Sekadar Resepi
Roza Roslan

harga: RM35.00   


Berminat sila SMS 017-5017275 or PM untuk harga istimewa or layari www.azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=GB0182/azamreaders



Bersyukur Saat diUJI:::Muhd Kamil Ibrahim








Inikah Ujian Saya didatangi oleh ustaz yang mengharapkan pertolongan agar anaknya diterima masuk sebagai staf UiTM. Jawatan kerani. Pagi-pagi lagi beliau sudah muncul di rumah. lalu saya dengar dengan teliti tujuan kedatangan beliau dan dengan nada perlahan saya berkata, 'Ustaz, boleh saya bertanya satu soalan? Jika ada calon yang ditemu duga, katalah anak ustaz paling teruk sekali, tidak berkelayakan, maka jika saya memberi markah yang tertinggi kepadanya, adakah saya berdosa? (Nota : beliau memberi jawapan, 'berdosa'). Sanggupkah ustaz menyuruh saya melakukan dosa?' Saya menitiskan air mata di hadapan beliau. Dalam sebak inilah saya nyatakan kepada beliau, 'Ustaz, saya mungkin mempunyai sedikit kuasa, tetapi kuasa Allah lebih luas dan tidak terperi hebatnya. Saya tidak mahu berdosa. Tolonglah saya ustaz supaya tidak melakukan dosa. Ustaz orang beragama. Ustaz orang pandai. Saya orang bodoh, jahil dan tidak berilmu.' Beliau meninggalkan rumah saya tanpa berkata apa-apa.




GB0174 Bersyukur Saat diuji
Muhd Kamil Ibrahim

harga: RM22.00   

berminat sila SMS 017-5017275 or PM untuk harga istimewa or layari www.azamireaders.blogspot.com or 


http://www.stormreaders.net/nProductCode=GB0174/azamreaders



Art of Deception Edisi Bahasa Melayu:::Jerry D. Gray,





Perbahasan mengenai apakah agenda Amerika dan Zionis mewujudkan satu kuasa pemerintahan dunia atau dikenali sebagai New World Order. Membongkar misteri yang menyeliputi peristiwa 9 September dan kenapa ia berlaku. 


Juga bagaimana menangkis fahaman Islamphobia yang menyatakan Islam adalah agama pengganas dan memberi jawapan kepada dunia yang termakan hujah-hujah yang tidak berasas. 


Bagaimana al-Quran memberikan jawapan dan paparan sebenar oleh Jerry D. Gray, mualaf yang berhijrah selepas melihat sendiri penipuan yang dilakukan oleh pemimpin negaranya sendiri, Amerika Syarikat. 

kod : PTSB1154 Art of Deception Edisi Bahasa Melayu
Harga : RM20.00


(terima kasih:sumber:https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150944695127409&set=a.391053822408.155680.111417487408&type=1&theater)

Kisah Cinta Dalam Al Quran:::Misbah Em Majidy




KPBK1058 Kisah Cinta Dalam Al Quran (Kulit Keras)
Misbah Em Majidy

harga: RM22.00   



berminat sila SMS 017-5017275 or PM untuk harga istimewa or layari www.azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=KPBK1058/azamreaders


Secara bahasa kata cinta bererti kasih sayang. Lawan kata cinta
adalah benci. Pengertian cinta adalah, kecenderungan jiwa
kepada sesuatu yang dilihat, dikira dan dirasa baik.

Cinta Allah kepada para hamba-Nya adalah bentuk reda-Nya kepada diri mereka,
yang disertai kebaikan-kebaikan Allah terhadap para hamba tersebut.

Cinta seorang hamba kepada Allah adalah bentuk penta’dziman
(pengagungan) kepada-Nya, yang terwajahkan dalam perilaku
ketaatan, kebaktian dan rasa tunduk yang tulus dalam menjalankan amal ibadah
dan ubudiyah kepada-Nya.

Ada banyak ‘wajah’ cinta Allah kepada kepada hamba-Nya
sebagaimana yang dipesan oleh al-Quran; Allah mencintai manusia
yang bertakwa, manusia yang berbuat kebaikan, manusia yang
mensucikan diri, manusia yang taubat, manusia yang mempasrahkan
diri kepada-Nya, manusia yang sabar serta manusia yang adil nan
bijaksana dan melakukan kebaikan lainnya.

Al-Quran juga menceritakan mengenai manusia yang tidak dicintai
Allah, mereka adalah para pelanggar batas ketentuan Allah, para
insan yang zalim, para kafir, para manusia yang melakukan kerosakan,
para pemboros dan melampaui batas, para pengkhianat, para manusia
yang sombong dan bongkak, para manusia yang melampaui dalam
bersenangsenang dan pelaku kejahatan lainnya.

Cinta merupakan citra pensifatan Allah yang berkaitan dengan
para hamba terkasih dan dikasihi-Nya. Kerananya kata cinta dekat
dengan para kekasih Allah dan hamba-hamba yang dipilih-Nya.

Terjemahan Al-Quran, Surah 5 Al-Maidah, ayat ke 98

mengingati diri sendiri dari Terjemahan Al-Quran, Surah 5 Al-Maidah, ayat ke 98 (5:98),  

"Ketahuilah oleh kamu, bahawasanya Allah Maha berat azab seksaNya (kepada orang yang kufur dan derhaka), dan bahawasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi orang yang mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya)".(5:98),  

Terjemahan Al-Quran, Surah 5 Al-Maidah, ayat ke 90

 mengingati diri sendiri dari Terjemahan Al-Quran, Surah 5 Al-Maidah, ayat ke 90 (5:90), 


"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya".(5:90), 

Terjemahan Al-Quran, Surah 5 Al-Maidah, ayat ke 88

mengingati diri sendiri dari Terjemahan Al-Quran, Surah 5 Al-Maidah, ayat ke 88 (5:88), 


"Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah – peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum ugamaNya) supaya kamu bersyukur"

Wednesday, July 11, 2012

Khalifah Zuhud Umar Abdul Aziz:::Mohammad Subki Abdul Rahman Al Hafiz





PSN1004 Khalifah Zuhud Umar Abdul Aziz
Mohammad Subki Abdul Rahman Al Hafiz

harga: RM18.00

berminat: sila sms 017-5017275 or pm untuk harga istimewa or layari www.azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=PSN1004/azamreaders

sinopsis


Buku ini mendiskusikan sejarah dan rantaian perjalanan hidup Khalifah Umar selain memaparkan corak pemerintahan beliau pada zamannya. 


Selain itu, buku ini turut merungkai kepekaan serta sensitiviti beliau terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat jelata. 


Dapatkan buku ini bagi usaha memahami dan mempelajari ciri-ciri kepimpinan terpuji yang sewajarnya ada bagi seorang pemimpin terbaik di dunia dan di Akhirat.

*Dapatkan buku ini segera di Stormreaders atau hubungi mana-mana pengedar Stormreaders berdekatan dengan tempat anda

Mudahnnya Twitter:::Zulkifli Abdullah







PTSB1143 Mudahnnya Twitter
Zulkifli Abdullah
harga: RM10.00   

berminat: sila sms 017-5017275 or PM untuk harga istimewa or layari www.azamiareaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=PTSB1143/azamreaders

Mudahnya Blogspot:::Abd Rahim Ismail







PTSB1147 Mudahnya Blogspot
Abd Rahim Ismail
harga: RM12.00   



berminat: sila sms 017-5017275 or PM untuk harga istimewa or layari www.azamireaders.blogspot.com or

http://www.stormreaders.net/nProductCode=PTSB1147/azamreaders


SINOPSIS:

Blog?

Blogger?

Blogging?

Dari mana datangnya blog ini? Siapa yang menciptanya? Apa fungsinya? Bagaiman menggunakannya?

Buku Mudah Blogspot ini ada jawapannya. Ketahui asal usul dan fungsi blog. Pelajari langkah membina blog dengan mudah. Tambahkan aksesori pada blog. Semuanya ada dalam buku ini. Tidak perlu hadiri kursus dan mudah difahami.

Selamat berkreatif. Semuanya di hujung jari anda. Klik!

Adab makan Dan Minum (Cara Dan Etika Rasulullah SAW):::Nordin Jaafar



IRBK1030 Adab makan Dan Minum (Cara Dan Etika Rasulullah SAW)
Nordin Jaafar

harga: RM16.00   


berminat sila SMS 017-5017275 or PM untuk harga istimewa or layari www.azamireaders.blogspot.com or
http://www.stormreaders.net/nProductCode=IRBK1030/azamreaders


Adab makan Dan Minum (Cara Dan Etika Rasulullah SAW):::Nordin Jaafar



Apabila iman menipis di dada, maka perintah Allah SWT dan Sunnah Rasulullah SAW akan terasa seperti suatu bebanan untuk diamalkan. Justeru, adab-adab makan dan minum Nabi SAW yang dimuatkan di dalam buku ini bukanlah bermaksud untuk menyusahkan umat Islam untuk mengamalkannya. Ia sekadar bermaksud meraih cinta Allah dan Rasul-Nya dan mendapat kebaikan yang maksimum jika ia dapat diamalkan keseluruhannya. Jika tidak mampu mengamalkan kesemuanya, cukuplah sekadar kita berazam untuk melengkapkan amalan sunnah Nabi SAW ini dengan mengamalkan sedikit demi sedikit. Biarlah ada peningkatan (value add) di dalam kehidupan kita dalam bab sunnah Nabi SAW ini sebelum kita menutup mata iaitu meninggalkan dunia yang fana ini. Jadilah seperti sikap Abu Bakar as-Siddiq r.hu yang bertanya kepada anaknya Aisyah r.ha selepas kewafatan Baginda SAW tentang sunnah-sunnah Nabi yang masih belum beliau amalkan kerana mungkin tidak ketahuan olehnya sebelum Baginda SAW wafat.

Kita tidak seharusnya berpuas hati dengan amalan sunnah yang sedikit sahaja. Benar, kita ini terlalu jauh dari zaman Baginda SAW, namun bukanlah menjadi alasan untuk meninggalkan sunnah-sunnahnya. Cubalah berazam sedaya yang mampu dan jangan berputus asa. Buangkan sifat malu yang tidak bertempat dalam mengamalkan sunnah-sunnah Nabi SAW kerana setiap sunnah yang diamalkan kerana Allah, sudah pasti ada kejayaannya.

Janganlah bersikap ala kadar dalam mengikuti sunnah ini kerana dalam bab keduniaan, kita sentiasa inginkan peningkatan atau upgrade agar di lihat up to date. Contohnya, kita sentiasa ingin mendapatkan gadget keluaran yang terbaru di pasaran, tetapi di dalam pengamalan sunnah, kadang-kadang kita bersikap “cukuplah sekadar apa yang sudah diamalkan selama ini, lebih baik dari tidak beramal langsung!” Lagi banyak sunnah yang diamalkan, lagi tinggi tanda cinta kasih kita kepada Kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW.

Para pembaca yang budiman. Sekarang adalah masanya untuk beramal! Bukan lagi masa untuk berdebat siapa betul siapa yang salah! Lebih malang lagi apabila kitalah punca penghalang kepada orang lain untuk mengamalkan sunnah Rasul SAW ini. Dengan kata-kata cemuhan kita sahaja sudah cukup ampuh membuatkan orang lain yang sudah mengamalkan sunnah Nabi SAW (namun iman masih belum menebal) akan meninggalkan sunnahnya setelah mendengar saranan (penjelasan berdasarkan nafsu) kita terhadap sunnah yang diamalkan mereka sebelum ini. Kononnya kita sahajalah yang betul. Orang lain tidak betul, salah belaka! Bukannya kata-kata galakan atau pembaikan yang ingin diberikan, bahkan kata-kata penghinaan yang disuapkan. Betapa besarnya dosa tersebut! Maka, bertaubatlah.

Sedihnya kita hari ini, ramai yang sudah berilmu tinggi namun masih belum tentu tinggi amalannya berdasarkan ilmu yang diperolehi. Jadilah insan yang berilmu dan beramal dengan ilmunya walaupun sedikit, bukan sekadar berilmu tetapi menyimpan ilmu tersebut tanpa diamalkan! Berilmu tidak beramal umpama pohon tanpa buahnya.

Keperibadian Rasulullah:::Muhammad Adlin Yani










MRBK1075 190 Keperibadian Rasulullah
Muhammad Adlin Yani

harga: RM19.90   


berminat sila SMS 017-5017275 or PM untuk harga istimewa or layari www.azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=MRBK1075/azamreaders


Sinopsis



Nabi Muhammad SAW merupakan contoh seorang pemimpin cemerlang yang berjaya menegakkan maruah bangsa dan negara Islam. 





Dalam surah al-Ahzaf ayat 21 ada menyebutkan, “Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu mempunyai ciri teladan yang baik.” Jaminan ini diterima oleh semua kitab agama wahyu. 



Nabi Muhammad SAW bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul, malah seorang panglima perang yang unggul dan ahli politik terulung, di samping tokoh pendidikan rohani dan jasmani yang berjaya. 





Semua agama wahyu mengiktirafnya sebagai pemimpin yang ditunggu-tunggu. Nabi Muhammad SAW memiliki perwatakan dan sifat-sifat yang paling sempurna yang tidak dimiliki oleh tokoh-tokoh lain sebelum atau sesudah Baginda.



Nabi Muhammad SAW memperkenalkan agama yang menyatukan iktikad, kebudayaan dan hanya menyembah satu Tuhan. Secara bijaksana, Nabi Muhammad SAW mengajar manusia bahawa Islam ialah agama keamanan, toleransi dan agama kasih sayang.

Menjejaki Jalan Takwa:::Mohd Rizal Azman Rifin






MRBK1076 Menjejaki Jalan Takwa
Mohd Rizal Azman Rifin

berat: 300gram
harga: RM18.00

berminat sila SMS 017-5017275 or PM untuk harga istimewa or layari www.azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=MRBK1076/azamreaders


Sinopsis

Dalam merintis kecemerlangan di dunia dan akhirat, kita perlu meletakkan ‘Jalan Takwa’ sebagai jalan yang wajib kita lalui sepanjang masa dan di mana sahaja. Usah biarkan hati dan jiwa sebagai kilang yang menghasilkan dosa, ibarat kolam pembiak virus kemungkaran. Sebaliknya, penuhi ruang hati dengan jaluran hidayah yang mengaromakan kehidupan.

Justeru, dalam naskah yang sedang di tangan anda ini, digarap 40 tajuk khusus buat direnungi bersama sebagai wahana memulihara ‘enjin’ jiwa agar dapat bergerak dengan mantap menuju Ilahi. Kesemua tajuk yang disingkap dalam wacana singkat ini berpaksikan alam kehidupan kita sepanjang hari yang mementaskan ‘rempah ratus’ kehidupan manusia di alam fana ini.

Pilihan hanyalah ‘Jalan Takwa’, kerana ini sahaja jalan yang diredhai Allah SWT dan inilah sahaja penentu untung nasib kita di alam akhirat kelak. Pilihan jalan yang selainnya sudah pasti tergelincir ke jurang yang hina lagi dimurkai Allah SWT.


Mengapa Doa DiTolak:::Muhammad Adlin Yani




MRBK1070 Mengapa Doa DiTolak
Muhammad Adlin Yani
harga RM16.90   

berminat sila SMS 017-5017275 or PM untuk harga istimewa or layari www.azamireaders.blogspot.com or
http://www.stormreaders.net/nProductCode=MRBK1070/azamreaders


MRBK1070 Mengapa Doa DiTolak::: Muhammad Adlin Yani


Mengapa semua doa tidak dimakbulkan? Adakah Allah SWT “kedekut” sekali untuk memakbulkan doa hamba-hamba-Nya? Di mana silapnya sehingga doa tersebut seolah-olah putus hubungannya dengan Allah? Adakah sesuatu yang salah di dalam doa? Apakah manusianya yang tidak ikhlas dalam berdoa? Atau, syarat dan ketentuan yang berlaku untuk sesuatu doa masih belum diaplikasi dengan benar?

Ada banyak sebab mengapa doa bagai laying-layang yang putus benang, dihempas angin ke hulu dank e hilir, tanpa suatu kepastian. Selain faktor manusianya yang mungkin kurang ikhlas dan banyak melakukan dosa, malah ada satu faktor lagi yang turut menentukan kejayaan dan kegagalan suatu doa, iaitu faktor sanad (asal usul doa) dan matan (isi doa). Padahal syarat sesuatu doa itu dikabulkan ialah apabila sanad dan matannya bagus serta mempunyai sumber rujukan (rawi) yang sahih.

Tuesday, July 10, 2012

Alquran Read Pen Qudwah




MYQD1001 Alquran Read Pen Qudwah
My Qudwah Resources
harga: RM350.00  


berminat sila hubungi saya SMS 017-5017275 or PM untuk harga istimewa or layari www.azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=MYQD1001/azamreaders


Berikut adalah keistimewaan/kelebihan :

Al Quran Read Pen M2
Bacaan dari 3 Qari terkenal dengan tafsir Bahasa Arab - Bahasa Malaysia - Bahasa Inggeris

Lengkap & Terperinci
Dilengkapi dengan pakej AL Quran, Muqaddam, Index surah yang mana semuanya boleh disentuh oleh pen.

Al Quran Read Pen merupakan satu teknologi baru dalam mempelajari Al Quran diyakini dapat membantu untuk mengulangkaji Al Quran dan memantapkan pembacaan Al Quran seseorang. Al Quran read pen memberikan anda pengalaman baru, yang mana dengan menyentuh ke permukaan al Quran dengan pen anda akan dapat mendengan bacaan Al Quran, dapat mengetahui maksud dan juga dapat memyemak bacaan anda. Didatangi dengan senaskah AL Quran, Buku muqaddam dan buku index surah, Al Quran ini sangat berbaloi untuk dimiliki oleh semua Muslim.
Al Quran read pen juga boleh dijadikan sebagai mp3. Selain itu Al Quran ini berkebolehan untuk merakam suara dan anda boleh mendengarkan semula bacaan anda sebelum bertalaqi dengan guru-guru.


Kelebihan al Quran Read Pen
- Bacaan dari 3 Qari terkenal.
- Boleh menterjemahkan ayat dan membaca Al Quran dengan hanya menyentuh pen ke permukaan Al Quran.
- Dilengkapi dengan muka muqaddam dan doa harian yang juga boleh disentuh oleh pen.

- Boleh berfungsi sebagai mp3.

- Boleh merakan suara dan mengulang ayat.

Spesifikasi Al Quran Read Pen.
1. Memori 2gb.
2. Bacaan dari 3 Qari terkenal.
3. Terjemahan dalam bahasa melayu dan inggeris.
4. Hanya menggunakan charger, charge 1jam tahan 6jam.
5. Warranty setahun dan ada servis selepas jualan.

6. Mempunyai pengesahan dari Kementerian Dalam Negeri dan disemak oleh jawantankuasa lajnah Al Quran Malaysia.


Sesuai untuk dijadikan milik persendirian, hadiah, zakat,wakaf, hantaran dan sebagainya.

Holy Quran Pen Digital IMQD1001

Holy Quran Pen Digital IMQD1001


Stock clearance.. Al-Quran digital harga murah, berminat sila PM or sms saya 017-5017275

"Sebaik-baik kamu ialah yang mempelajari dan mengajarkan Quran"

Holy Quran Pen Digital
adalah alat bantuan umat Islam untuk membaca dan memahami Al-Quran yang tidak wajar dipandang enteng. Dengan kekangan kesibukan masa untuk bekerja mencari nafkah dalam kehidupan masa kini, ibubapa terpaksa menyerahkan tugas mengajar Al-Quran kepada guru agama di sekolah semata-mata dan mereka juga terbatas dari segi masa dan tahap penumpuan terhadap seseorang individu. 

Mengatasi masalah itu, amatlah bijak untuk kita menggunakan teknologi moden, mengumpul saham di dunia untuk kesenangan di akhirat dengan membanyakkan membeli produk-produk yang meransang anak-anak untuk mempelajari Al-Quran. Produk ini sangat sesuai untuk semua lapisan umat Islam yang ingin mempelajari Al-Quran dengan tajwid dan sebutan makhraj yang tepat, dan juga memahami makna ayat dengan mudah.

Ciri-ciri Holy Quran Reader Pen:
1. Kitab Al Quran yang lengkap 30 juzuk

2. Pembacaan mengikut tartil oleh Qari pilihan.

3. Menterjemah dalam pelbagai bahasa mengikut pilihan.

4. Menyediakan slot micro SD card untuk memuat turun audio file mengikut pilihan.

5. Mengawal nada dengan memperlahan atau menguatkan suara.

6. Bateri boleh dicas semula dengan charger yang disediakan.

7. Disediakan sekali dengan buku Iqra, bacaan doa pilihan dan surah dalam Muqaddam dan bacaan dalam solat.

8. Warranty setahun

9. Aksesori yang disertakan sekali seperti earphone,cable usb dan juga user manual.

Definisi:
Holy Quran Reading Pen ialah pen yang BOLEH MEMBACA AL-QURAN tetapi ia tidak boleh menulis. Apabila read pen ini disentuh pada mana-mana Ayat Al-Quran atau pada mana-mana Surah, maka pen tersebut akan membacanya.
Ayat-ayat Al-Quran dibaca oleh 7 orang Qari terkenal dari Masjidil Haram seperti ;

Abdul Baset Abdu Essamad
Abdul Rahman Al-Sudais
Saad Al-Ghamidi
Ali Al-Hudhaifi
Maher Al-Muayqili
Al-Menshavi
Parhizkar

Kenapakah kita harus memiliki Holy Quran Reading Pen?

1. Read Pen mempunyai keistimewaan membaca ayat per ayat dan surah per surah. Sentuh saja mata pen pada mana-mana Ayat atau
Surah, pen ini akan mengeluarkan bacaan mengkut Qari mana yang kita pilih.
2. Tidak tahu atau kurang faham membaca Al-Quran tidak lagi menjadi alasan untuk kita malas membaca dan mempelajarinya, kerana kita
boleh mempelajarinya dari bacaan yang di baca oleh Qari-qari yang dipilih.
3. Al-Quran lengkap 114 surah / 30 juz.
4. ReadPen juga berfungsi sebagai MP3 untuk memainkan lagu-lagu nasyid, dan sebagainya yang boleh di muat turun dari komputer ke dalam ReadPen ini.
5. ReadPen boleh disambungkan kepada pembesar suara supaya dapat mendengar dengan lebih kuat atau boleh juga disambungkan terus ke pembesar suara masjid atau surau tanpa memerlukan CD atau TAPE. Pen juga boleh disambung kepada earphone telinga untuk mendengar sendiri tanpa gangguan orang lain.

Kegunaan Al–Quran Read Pen ini adalah seperti:
1. Meningkatkan mutu bacaan Al-Quran.
2. Menghafaz Al-Quran.
3. Hantaran Perkahwinan
4. Cenderahati
5. Sumbangan kepada Masjid/Madrasah
6. Sedekah / Zakat.(pemberian seorang anak kepada ibu bapa)

Kelebihan:
Mudah digunakan & senang dibawa.
Sesuai untuk semua golongan.
Membantu menyempurnakan ibadah.
Menambah keyakinan apabila membaca al-Quran.
Membantu melancarkan bacaan al-Quran.
Amat sesuai dijadikan hadiah yang sangat bermakna buat orang yang dikasihi.


Terjemahan kepada 16 bahasa:

Tafsir bahasa Arab
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Farsi
Bahasa Perancis
Bahasa German
Bahasa Kurdis
Bahasa Kazastan
Bahasa Pashto
Bahasa Russia
Bahasa Sepanyol
Bahasa Turki
Bahasa Urdu
Bahasa Uyghur
Bahasa Uzbekistan
 — with Zuerdiana Manaf and 8 others.