Showing posts with label bimbingan rohani. Show all posts
Showing posts with label bimbingan rohani. Show all posts

Wednesday, July 4, 2012

YA ALLAH, KENAPA AKU DIUJI :IBN QAYYIM AL-JAWZIYAH



TAJUK : YA ALLAH, KENAPA AKU DIUJI
PENULIS : IBN QAYYIM AL-JAWZIYAH
HARGA : RM 18.00
ISBN : 978-967-0326-29-0
IRBK1014

SINOPSIS :

Hidup ini tidak lengkap tanpa ujian. Ujian mengingatkan manusia yang terlupa, 
menyedarkan manusia yang lalai dan mengejutkan manusia yang terlena. 
Mana-mana manusia yang tidak kembali kepada Allah SWT tatkala ditimpa ujian, nescaya ia akan terumbang ambing tanpa arah tujuan dan dikhuatiri akan tersasar dari jalan yang diredai oleh Allah SWT.

Sesungguhnya bersama-sama kapal yang karam, sudah tersedia pelampung yang mencukupi untuk anak-anak kapal berpaut padanya bagi menyelamatkan diri. Begitulah diibaratkan hidup manusia di muka bumi ini. Ketika hampa, sedih dan hampir berputus asa ketika menghadapi ujian hidup, Allah SWT dan kitab al-Quran adalah sebaik-baik tempat berpaut. Barang siapa kembali kepada Allah SWT, maka dia tidak akan tersesat dan hilang arah. Allah jualah sebaik-baik tempat kembali.


berminat sila sms 017-5017275 or PM untuk harga istimewa or layari www.azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=IRBK1014/azamreaders

Manisnya Kurma Ini: Fauziah Mohd Noor



BUKU Manisnya Kurma Ini menceritakan mengenai pengalaman hidup penulis sebagai guru, pensyarah, pelajar serta insan yang bergelar suami isteri.
Semua orang mahu mengecapi nikmat kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Namun dalam perjalanan mencari kejayaan semuanya tidak semudah impian dicita-citakan. 
Terlalu banyak cabaran dan pengorbanan yang terpaksa dilaburkan. Keringat dan air mata menjadi teman setia perjuangan sebenar dalam mencari kejayaan.

Buku ini menceritakan indahnya hubungan dan persahabatan yang dibina atas nama keikhlasan dan kasih sayang kerana Allah s.w.t Selain itu, turut disertakan kisah dan pengalaman penulis mencari ilmu dan kejayaan sehingga ke peringkat tertinggi.

Diceritakan juga perasaan suka duka insan bergelar suami isteri. Perkahwinan pastinya diuji dengan pelbagai dugaan yang mana ada kalanya tidak mampu berdiri menghadapi ujian hidup.

Yang pasti, di sebalik setiap hujan hidup itu ada tersingkap hikmah tersirat di sebaliknya. Kasih sayang Allah tidak ada batasannya bagi setiap duka dan derita pasti ada penghujungnya.


Tajuk: Manisnya Kurma Ini
Penulis: Fauziah Mohd Noor
Penerbit: Inteam Publishing Sdn Bhd
Cetakan: Pertama
Harga: RM20 (Semenanjung) RM22 (Sabah dan Sarawak)


berminat sila sms 017-5017275 or PM untuk harga istimewa or layari www.azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=IRBK1011/azamreaders