Wednesday, August 15, 2012

Adik Datang:::A.Samad Said



Adik Datang

Suhaidah, janda derita yang resah menantikan kehidupan bayi keduanya; Wagima, bekas pejuang yang masih terus bersemangat cuba memahami kecemasan tanah airnya; Rasimah yang cuba berupaya menjadi seorang isteri yang setia, tapi masih terus terdera; Dzulkifli, seorang pewaris amanah untuk membangunkan sebuah madrasah sedang merancangnya sesetia mungkin. Inilah kelompok manusia yang terlibat dalam satu gelora era yang menceritakan bagaimana sebuah negara menghadapi zaman pancarobanya yang getir. Kelompok manusia inilah, berselang-seli, malah terkadang tertembung langsung, dalam kehidupan yang mencabar dan mematangkan. Kisah sekelompok manusia dekad 40-an ini menekuni kehidupan gementar dan terdera pada ketika sebelum meledak bom pertama di Malaya.

Mereka adalah himpunan manusia yang memang gamam di bawah sergahan awan perang mencemaskan. Secara berdikit, kalungan kisah-kisah sederhana seputar mereka menyerlahkan makna kehidupan sebuah masyarakat kecil pelbagai kaum, pelbagai budaya, pelbagai kerenah. Pengalaman perih mereka dapat menginsafkan generasi penyambungnya.




PTSB1149 Adik Datang
A.Samad Said

RM25.00   

berminat sila sms 017-5017275 or pm or layari www.azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=PTSB1149/azamreaders

Irkam Ma ana bahtera Menuju Ke Syurga:::Hilal Asyraf






"Ya bunayya, irkam ma'ana." Maksudnya, "Wahai anakku, naiklah bersama kami."

Itulah pujukan Nabi Nuh kepada anaknya, pada saat banjir kilat lagi besar berlaku sebagai hukuman kepada kaumnya. Anaknya ditenggelami air, walhal Nabi Nuh dan mereka yang beriman selamat di atas bahtera.

Sayang seribu kali sayang, anak yang kufur kepada Allah itu menolak pujukan ayahandanya. Bahkan, dalam keadaan tergapai-gapai itu, dia masih bongkak lantas berkata, "Aku akan berenang ke gunung-gunung yang tinggi bagi menyelamatkan diri."

Nabi Nuh berkata dengan sayu, "Hari ini tidak akan ada yang dapat menyelamatkan, melainkan Allah."

Lalu, lemaslah anak Nabi Nuh, apabila banjir itu menenggelamkan segala-galanya.

Irkam Ma'ana. Naiklah bersama-sama kami.

Naik ke mana? Persoalan yang muncul dalam hati.


Mari kita ikut bersama menjadi hamba sebenar Illahi.






Kod Produk : PTSB1155 Irkam Ma ana bahtera Menuju Ke Syurga
harga : RM20.00


PTSB1155 Irkam Ma ana bahtera Menuju Ke Syurga
Hilal Asyraf

RM20.00   


berminat sila sms 017-5017275 or pm or layari www.azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=PTSB1155/azamreaders

Sebelum Aku Bernikah:::Hilal Asyraf



Aku kira engkau adalah dia,

Aku berharap engkau adalah dia,

Boleh jadi bukan,

Boleh jadi ya,

Kerana engkau sahaja aku cinta,

Bukan tunangku,

Bukan yang nanti menjadi isteriku,

Melainkan dia adalah engkau,

Maka nyata Allah telah mengawalkan syurgaku..

Kod Produk :PTSB1156 Sebelum Aku Bernikah
RM20.00






PTSB1156 Sebelum Aku Bernikah
Hilal Asyraf

berminat sila sms 017-5017275 or pm or layari www.azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=PTSB1156/azamreaders

Bekalan Untuk Musafir:::Md.Amirol Ibrahim



Buku ini membincangkan beberapa aspek penting dalam kehidupan seseorang individu Muslim terutama sepanjang bermusafir. Antara topik penting yang dikupas adalah ibadat, adab, amalan doa serta ayat-ayat al-Quran pilihan.

PTSB1139 Bekalan Untuk Musafir
RM3.50
Jumlah Muka Surat : 88

PTSB1139 Bekalan Untuk Musafir
Md.Amirol Ibrahim

RM3.50   
berminat sila sms 017-5017275 or pm or layari www.azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=PTSB1139/azamreaders

Cukuplah bagiku Allah:::Hj Talib Hussin


Hadis junjungan Nabi SAW yang bermaksud,
“Doa itu adalah ibadat.”

dan juga hadis Nabi SAW yang bermaksud,
“...dan apabila engkau hendak memohon pertolongan,
maka hendaklah memohon kepada Allah SWT.”

Kedua-dua hadis di atas merupakan dorongan utama terbitnya naskhah ini. 





Inilah di antara perkara-perkara yang kita tidak boleh hidup tanpanya. Hidup tanpanya adalah seperti hidangan lazat tanpa garam. Hidup tanpanya adalah ibarat ikan di daratan. Inilah amalan para nabi dan alim, lihat saja bagaimana Nabi Ibrahim a.s menyerah diri (berdoa) ketika dalam nyalaan api Firaun. Bagaimana Nabi Yunus a.s terus-menerus dengan lafaznya (doa) dalam gelap zulmat perut ikan Nun (paus). Bagaimana Nabi Musa a.s berserah diri ketika berada di tebing Laut Merah dikepung tentera Firaun.

Dapatkah saat yang terakam dalam lipatan sejarah ini didustai? Dan siapakah yang Maha Mendengar yang telah mendengar dan memakbulkan permintaan (doa) mereka? Dialah Allah Yang Maha Agung. 





Begitulah mesej yang ingin dibawa oleh naskhah ini. Semoga dengan mengamalnya, kita beroleh rahmat dan perlindungan daripada Allah SWT dalam kehidupan agar nanti cahaya doa-doa itu bisa mengerakkan tubuh badan kita ke arah mentaati-Mu.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

MRBK1081 Cukuplah bagiku Allah
RM16.90



MRBK1081 Cukuplah bagiku Allah
Hj Talib Hussin

RM16.90   


berminat sila sms 017-5017275 or pm or layari www.azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=MRBK1081/azamreaders


25 Pahlawan Islam:::Shafie Abdul Rahman






Sejak Islam diutus melalui Nabi Muhammad SAW, bukan sedikit lahirnya pejuang dan pahlawan-pahlawan Islam yang sanggup mengorbankan diri mereka, demi mempertahankan kesucian agama Islam. Mereka meletakkan kepentingan agama melebihi daripada segala kepentingan diri, demi menegakkan agama Allah SWT di muka bumi ini. 





Pada zaman Nabi Muhammad SAW, baginda telah berjaya mendidik para sahabat yang menjad
i generasi al-Quran, yang sanggup berkorban nyawa demi melindungi Rasulullah SAW, agama Islam dan orang-orang Islam ketika itu. Maka lahirlah para pejuang terulung seperti Sayidina Hamzah, Mus’ab bin Umair, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Khalid Al-Walid, Saad bin Abi Waqqas, Jaafar bin Abi Talib dan ramai lagi.

Perlulah diingat bahawa kisah-kisah kepahlawanan ini tidak seharusnya dijadikan sebagai satu catatan sejarah yang kemudian hilang atau dilupai dengan peredaran masa. Kisah-kisah pahlawan terkemuka dalam sejarah dunia Islam ini sewajarnya kita hidupkan terus dalam diri kita terutamanya dalam perjuangan kita menjalani hidup sebagai seorang Muslim sejati, mengamalkan Islam sebagai satu ad-din dan nizamul hayat. 





Elakkanlah diri daripada mencontohi mereka yang di luar lingkungan dunia Islam kerana pahlawan-pahlawan Islam ini telah berjaya mencorakkan dunia Islam dengan darah mereka yang harum mewangi, bak burung-burung yang bebas berterbangan di syurga.

Semoga pemaparan suka duka perjuangan para pahlawan Islam yang dipaparkan dalam buku ini dapat dijadikan pedoman. Seterusnya sama-samalah kita menghayati dan cuba menjadikan mereka sebagai ikon generasi muda umat Islam kinidalam mempertahankan kesucian agama Islam, Insya-Allah.

MRBK1080 25 Pahlawan Islam
RM20.00


MRBK1080 25 Pahlawan Islam
Shafie Abdul Rahman

RM20.00   

berminat sila sms 017-5017275 or pm or layari www.azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=MRBK1080/azamreaders

I Love You Dad:::Rizky Banjary



Tip jitu agar anda berjaya dalam berkomunikasi dengan ayah. Antaranya ialah:

Menggunakan kata panggilan dengan penuh kesopanan.
Mengawal gaya bahasa agar selalu bersifat tenang dan penuh kelembutan, serta menjauhi kata-kata yang tidak sesuai.

Menjauhi gaya bahasa yang mengancam dan menentang seperti; “Ayah tidak faham kemahuan saya!”, "Ayah jangan masuk campur dalam urusan peribadi saya!", "Kala
u ayah tidak izinkan, saya akan lari dari rumah!”, "Saya sudah bosan tinggal di rumah ini!” dan lain-lain lagi ungkapan yang banyak menghasilkan komunikasi yang gagal.
Jauhi ungkapan-ungkapan yang kesat dan kasar.
Elakkan daripada meninggikan suara.

Berbicaralah dengannya dengan nada suara yang rendah, tenang, lembut dan halus. Semakin kita melembutkan suara, semakin besar ganjaran daripada Allah SWT buat kita serta semakin memberi kesan di hati seorang ayah.

MRBK1082 I Love You Dad
RM16.90

MRBK1082 I Love You Dad
Rizky Banjary

RM16.90   
berminat sila sms 017-5017275 or pm or layari www.azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=MRBK1082/azamreaders


Fiza Ashley:::Sofea Ixora



Menjadi sukarelawan di rumah orang tua?

Oh, tidak!!!

Itulah padahnya jika panas baran dan bertindak sesuka hati.

Akhirnya, Fiza Ashley dihukum oleh mama kerana bergaduh dengan pelanggan di spa mama.

Apakah yang akan berlaku pada Fiza Ashley semasa menjalankan tugasnya di rumah orang-orang tua?

Bagaimanakah Fiza Ashley dapat hidup sebilik dengan musuh tradisinya semasa di sekolah, Tania yang juga dihukum menjadi sukarelawan oleh ibu bapanya?

MRBK1083 Fiza Ashley
RM16.90

MRBK1083 Fiza Ashley
Sofea Ixora

RM16.90   



berminat sila sms 017-5017275 or pm or layari www.azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=MRBK1083/azamreaders





Monday, August 13, 2012

Majalah Muslim Teens Isu 06


MJMT1006 Majalah Muslim Teens Isu 06
Mix Artist

RM6.00   


berminat sila sms 017-5017275 or pm or layari www.azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=MJMT1006/azamreaders

Majalah Al Ustaz Isu 05:::Solat Jamak Qasar Sedekah Daripada Allah


TBMU1005 Majalah Al Ustaz Isu 05 Solat Jamak Qasar Sedekah Daripada Allah
Mix Artist

RM9.00   


berminat sila sms 017-5017275 or pm or layari www.azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=TBMU1005/azamreaders

Majalah GenQ Isu 13:::Suka Dengan Nikmat



SRGQ1013 Majalah GenQ Isu 13 Suka Dengan Nikmat
Mix Artist
 
RM7.00   


berminat sila sms 017-5017275 or pm or layari www.azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=SRGQ1013/azamreaders

Majalah Solusi::: Isu 47 Lazat Berzat Berkat


TBMJ1047 Majalah Solusi Isu 47 Lazat Berzat Berkat
Mix Artist
 
RM10.00   
berminat sila sms 017-5017275 or pm or layari www.azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=TBMJ1047/azamreaders

Saturday, August 11, 2012

BERNAS | Hari Raya 2012 (The Journey)



Nak share mengenai iklan Hari Raya Aidilfitri daripada Bernas
2012. Ianya mengenai dua adik beradik yang berada di rumah anak-anak yatim.


Di malam hari raya, waktu berbuka puasa,
budak-budak lain bercakap-cakap bahawa mereka akan pulang berhari raya
bersama-sama keluarga (walaupun mak bapa dah tiada tapi keluarga lain masih
ada). Tetapi tidak pula bagi dua beradik, Ahmad dan Fizi.


Apabila budak-budak lain dah balik mereka hendak
tidak tetapi teringatkan kampung halaman di Segamat, Johor. So mereka bertekad
untuk balik dengan bas tetapi malangnya tiket dah habis. So nak balik dengan
keretapi tetapi malangnya tiket cuma tinggal satu aja. So mereka bertindak
menyorok dalam lori yang mana lori tersebut hendak ke Segamat. Jom kita
saksikan iklan daripada Bernas sempena hari raya yang disiarkan di youtube
untuk tahun 2012.


Iklan Bernas @Hari Raya Aidilfitri 2012. Anyway iklan raya
Bernas ni adalah selama 7 minit lebih.

Hargailah kedua ibubapa semasa mereka masih ada, jika
telah tiada sedekahkanlah yassin dan alfatihah buat arwah. 

Kalau tak percaya..boleh
tenguk..rasanya inilah iklan raya 2012 yang paling best setakat ini.

Banyak pengajaran dalam
iklan yang lebih bersifat sebuah filem pendek itu.
I
Secara tidak langsung
mengajar kita untuk bersyukur dan memperingatkan kita akan nikmat yang
diberikan Allah SWT.

Wednesday, August 8, 2012

Sesuci Murni:::Isya Azwa Idris




Siti Nur Murni; anak gadis tunggal dalam keluarga korporat ternama bernama Datuk Khalid. Gadis ini mengikut jejak bapanya yang mempunyai pegangan agama yang ampuh, berbeza dengan budaya keluarganya yang kebaratan. 

Sebelum Datuk Khalid meninggal dunia, beliau mengamanahkan Murni agar membimbing ibu dan abangnya yang tersasar jauh daripada landasan Islam supaya kembali ke pangkal jalan. Murni berusaha untuk melaksanakan wasiat bapanya namun sia-sia.

 Kehadiran Julia yang wajahnya mirip Murni menimbulkan fitnah pula; kononnya Murni hidup dalam kepurapuraan. Pelbagai kata kesat dilemparkan oleh abangnya, Azman atas salah faham itu. Dugaan berat itu amat menguji kesabaran dan keimanan. Namun di sebalik usaha Murni untuk menunaikan amanah arwah bapanya, dia sebenarnya sedang bergelut dengan penderitaan dalam dirinya sendiri. 

Ada rahsia yang disembunyikannya. Mampukah Murni meneruskan perjuangan tersebut? Siapakah gadis misteri bernama Julia yang dikatakan amat mirip dengan wajahnya itu? Mampukah Julia membantu Murni dalam usaha membawa nur dan hidayah dalam keluarga korporat tersebut? 

Segala-galanya akan terungkai dan dikupas dalam novel “Sesuci Murni” ini, sebuah novel yang sarat dengan konflik, persoalan, dan ideologi yang dapat mengajak pembaca berfikir tentang makna kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.

*Dapatkan buku ini segera di Stormreaders atau hubungi mana-mana pengedar Stormreaders berdekatan dengan tempat anda. Harga RM23.00   ( TBBK1188 )


TBBK1188 Sesuci Murni
Isya Azwa Idris

RM23.00   

berminat sila sms 017-5017275 or pm or layari azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=TBBK1188/azamreaders