Wednesday, August 8, 2012

Sesuci Murni:::Isya Azwa Idris




Siti Nur Murni; anak gadis tunggal dalam keluarga korporat ternama bernama Datuk Khalid. Gadis ini mengikut jejak bapanya yang mempunyai pegangan agama yang ampuh, berbeza dengan budaya keluarganya yang kebaratan. 

Sebelum Datuk Khalid meninggal dunia, beliau mengamanahkan Murni agar membimbing ibu dan abangnya yang tersasar jauh daripada landasan Islam supaya kembali ke pangkal jalan. Murni berusaha untuk melaksanakan wasiat bapanya namun sia-sia.

 Kehadiran Julia yang wajahnya mirip Murni menimbulkan fitnah pula; kononnya Murni hidup dalam kepurapuraan. Pelbagai kata kesat dilemparkan oleh abangnya, Azman atas salah faham itu. Dugaan berat itu amat menguji kesabaran dan keimanan. Namun di sebalik usaha Murni untuk menunaikan amanah arwah bapanya, dia sebenarnya sedang bergelut dengan penderitaan dalam dirinya sendiri. 

Ada rahsia yang disembunyikannya. Mampukah Murni meneruskan perjuangan tersebut? Siapakah gadis misteri bernama Julia yang dikatakan amat mirip dengan wajahnya itu? Mampukah Julia membantu Murni dalam usaha membawa nur dan hidayah dalam keluarga korporat tersebut? 

Segala-galanya akan terungkai dan dikupas dalam novel “Sesuci Murni” ini, sebuah novel yang sarat dengan konflik, persoalan, dan ideologi yang dapat mengajak pembaca berfikir tentang makna kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.

*Dapatkan buku ini segera di Stormreaders atau hubungi mana-mana pengedar Stormreaders berdekatan dengan tempat anda. Harga RM23.00   ( TBBK1188 )


TBBK1188 Sesuci Murni
Isya Azwa Idris

RM23.00   

berminat sila sms 017-5017275 or pm or layari azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=TBBK1188/azamreaders

No comments:

Post a Comment