Wednesday, August 1, 2012

Menjadi Pemimpin Super:::Farid Poniman


Buku: Menjadi Pemimpin Super Oleh Farid Poniman
Title / Tajuk:
Menjadi Pemimpin Super

Author / Penulis:
Farid Poniman

ISBN:
978-967-369-018-3

Pages / Mukasurat:
360

Synopsis:
Rahsia kekuatan MENJADI PEMIMPIN SUPER diselidiki dengan mendalam melalui prinsip Kubik Leadership, bagi memastikan kita mampu menggunakannya bagi mencapai kehidupan yang lebih baik.

Hal ini kerana, dunia yang kita hidup sekarang masih belum mampu menyelesaikan pelbagai masalah yang kita hadapi. Ibarat ubat bius yang diberikan, ia hanya dapat menghilangkan kesakitan buat sementara waktu sahaja.

Buku ini menawarkan essential solution yang lebih mudah dan menyasarkan terus pada akar permasalahan serta menyembuhkan penyakitnya. Kubik Leadership berkongsi rahsia alam dan kehidupan, dalam bentuk rumusan yang mudah.

Apabila kita mempraktikkan langkah demi langkah, kejayaan dan kecemerlangan hidup dapat dimiliki! Prinsip ini juga memberi pencerahan baru dengan:
– Menerangkan tugas kita sebagai Gardu EPOS
– Prinsip To Be, To Have dan Valensi dalam diri kita
– Menggabungkan Prinsip Tuhan, Prinsip Alam dan Prinsip Manusia.

"Buku ini melengkapkan perjalanan hidup kita. Apabila membaca buku ini, saya yakin pengetahuan kepimpinan dapat membantu kita memainkan peranan sebagai khalifah di dunia ini dengan lebih baik."  Iskandar Zulkarnain, Pesuruhjaya Bank Muamalat Indonesia

"Pemimpin dilahirkan dan dibentuk. Mereka tampil sebagai pemimpin melalui berkat usaha, tahap pendidikan, proses pembelajaran, dan bakat kurniaan Tuhan. Buku Menjadi Pemimpin Super perlu dibaca oleh semua, terutama bakal pemimpin dan mereka yang sudah menjadi pemimpin." Parni Hadi, Pengarah Utama Radio Republik Indonesia

- PEMIMPIN adalah individu yang mempunyai kebolehan memimpin individu lain.
- PEMIMPIN BERJAYA terlebih dahulu perlu berjaya memimpin diri sendiri sebelum berupaya memimpin individu lain.
- PEMIMPIN SUPER adalah individu yang berkebolehan memimpin diri sendiri dan individu lain ke arah kejayaan dunia dan akhirat.
Contents / Kandungan:
PENGHARGAAN
KATA-KATA ALUAN
KATA-KATA ALUAN (EDISI TERKINI)

Bab 1: Kubik Leadership
Bab 2: Valensi MEMIMPIN KEYAKINAN
Bab 3: Prinsip Manusia
Bab 4: Prinsip Alam
Bab 5: Prinsip Tuhan MEMIMPIN AKSI
Bab 6: Kekuatan 3AS
Bab 7: Meningkatkan Kerja Keras
Bab 8: Meningkatkan Kerja Cerdas
Bab 9: Meningkatkan Kerja Ikhlas MEMIMPIN PEKERTI
Bab 10: Sikap dan Perilaku Positif, Produktif dan Kontributif
Bab 11: Kesimpulan

LAMPIRAN
Lampiran 1: Pertanyaan dan Jawapan
Lampiran 2: Rantai dan Kotak Mancis
Lampiran 3: Mengukur Valensi Diri
Lampiran 4: Menentukan Mesin Kecerdasan Diri
Lampiran 5: Tahap Kompetensi STIFIn
Lampiran 6: Mengenai Training dan Consultancy
Author's Info / Info Penulis:
FARID PONIMAN adalah pengarah presiden, jurulatih utama dan konsultan senior di Kubik Training & Consultancy. Beliau adalah public speaker yang inovatif dalam pelbagai latihan dan seminar.

Kekuatan Farid adalah ideanya jelas, original, logik, mempunyai konteks tersendiri, dan menjangkau tahap pemikiran kontemporari. Farid mempunyai kelulusan Institut Pertanian Bogor, Universiti Indonesia dan Ijazah Sarjana Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Apabila selesai pengajian PhDnya, beliau mengeluarkan formula baru mengenai personaliti, tunggak utama kaedah Executive Coaching dalam sesi latihan dan konsultasinya.

Farid Poniman memulakan kerjayanya sebagai staf dan terus berkembang sehingga menjadi pemimpin tertinggi beberapa syarikat nasional dan multinasional.


PTSB1018 - Menjadi Pemimpin Super
Farid Poniman

harga:RM27.00   

berminat sila sms 017-501 7275 or layari azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=PTSB1018/azamreaders


No comments:

Post a Comment