Wednesday, August 8, 2012

Ubat Daripada Sumber Babi:::Abd Rahman, B. Pharm


Buku 'Ubat Daripada Sumber Babi dan Pilihan Alternatif' ini merupakan dokumentasi ubat-ubatan yang diragui status halalnya dengan info bergambar, jenama, pengeluar, kegunaan, kandungan meragukan dan juga pilihan alternatif. Ia seakan-akan direktori berguna untuk dibawa oleh pesakit ketika berjumpa doktor, manalah tahu jika diberikan ubat-ubatan yang disenarai hitamkan mereka boleh berkata "tidak" 
dan mereka (doktor) mampu mengubahnya.

Jika kerajaan masih berahsia tentang tiga produk mengandungi babi, penulis buku ini, seorang ahli farmasi muda, Abdul Rahman lebih berani apabila menyenaraikan lebih 90 jenis ubat yang mengandungi unsur khinzir. Tahniah berani kerana benar!

Sebagai tambah nilai, penulis buku ini turut memuatkan fatwa-fatwa perubatan terhadap suntikan insulin dan ubat dari gelatin babi, suntikan Botox, vaksin meningitis, serta imunisasi Rubela, Hepititis B, Campak, Tibi, Batuk Kokol, Dipteria, Tetanus dan Polio.





Malah penulisnya menampilkan diri sebagai pengamal farmasi dan pesakit dalam satu masa dengan memberikan panduan ringkas mengenai hak-hak pesakit, peranan doktor dan jururawat sebagai pemudah cara serta 'soalan bocor' apa yang sepatutnya pesakit tanya ketika berjumpa doktor.

*Dapatkan buku ini segera di Stormreaders atau hubungi mana-mana pengedar Stormreaders berdekatan dengan tempat anda

Kod Produk : HSSB1001 - Ubat Daripada Sumber Babi
Harga : RM39.90




HSSB1001 - Ubat Daripada Sumber Babi
Abd Rahman, B. Pharm

RM39.90   


No comments:

Post a Comment