Saturday, August 11, 2012

BERNAS | Hari Raya 2012 (The Journey)



Nak share mengenai iklan Hari Raya Aidilfitri daripada Bernas
2012. Ianya mengenai dua adik beradik yang berada di rumah anak-anak yatim.


Di malam hari raya, waktu berbuka puasa,
budak-budak lain bercakap-cakap bahawa mereka akan pulang berhari raya
bersama-sama keluarga (walaupun mak bapa dah tiada tapi keluarga lain masih
ada). Tetapi tidak pula bagi dua beradik, Ahmad dan Fizi.


Apabila budak-budak lain dah balik mereka hendak
tidak tetapi teringatkan kampung halaman di Segamat, Johor. So mereka bertekad
untuk balik dengan bas tetapi malangnya tiket dah habis. So nak balik dengan
keretapi tetapi malangnya tiket cuma tinggal satu aja. So mereka bertindak
menyorok dalam lori yang mana lori tersebut hendak ke Segamat. Jom kita
saksikan iklan daripada Bernas sempena hari raya yang disiarkan di youtube
untuk tahun 2012.


Iklan Bernas @Hari Raya Aidilfitri 2012. Anyway iklan raya
Bernas ni adalah selama 7 minit lebih.

Hargailah kedua ibubapa semasa mereka masih ada, jika
telah tiada sedekahkanlah yassin dan alfatihah buat arwah. 

Kalau tak percaya..boleh
tenguk..rasanya inilah iklan raya 2012 yang paling best setakat ini.

Banyak pengajaran dalam
iklan yang lebih bersifat sebuah filem pendek itu.
I
Secara tidak langsung
mengajar kita untuk bersyukur dan memperingatkan kita akan nikmat yang
diberikan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment