Saturday, August 4, 2012

Himpunan Kisah Benar Tapi Pelik:::Ustaz Dr. Hj. Zahazan Mohamed


Sinopsis : 


Buku “Himpunan Kisah Benar tapi Pelik” ini disusun berdasarkan kitab-kitab sejarah yang muktabar, yang merekodkan peristiwa-peristiwa luar biasa yang sangat memberikan rasa kekaguman dan keinsafan kepada diri yang membaca.


 Perkara-perkara ‘benar tapi pelik’ yang didatangkan oleh para nabi dengan izin Allah SWT menjadi al-bayyinat dan al-ayat, iaitu tanda-tanda kebenaran dakwah yang dipe
rjuangkan oleh mereka serta menjadi bukti-bukti kebesaran Allah. 





Antara keistimewaan dan kelebihan buku ini ialah ia mengajak masyarakat menggunakan akal secara optimum dalam mengkaji dan merenung kebesaran Allah SWT. Ia juga memasakkan keteguhan iman dan takwa kepada Allah SWT melalui kisah-kisah yang menakjubkan. 





Selain itu, ia memotivasikan orang ramai agar beriman dan beramal soleh supaya mendapat nusrah (pertolongan) dan karamah (kemulian) di sisi Allah SWT, juga turut menunjukkan tauladan, panduan dan pedoman berguna selaku hamba Allah SWT sehingga benar-benar menjadi insan yang berakhlak dan beriman.





 Ia juga sebagai satu usaha menghidupkan kembali khazanah ilmu tulisan ulama silam yang semakin pupus ditelan zaman dan sesuai dijadikan sebagai santapan rohani, renungan sebelum tidur atau sebagai koleksi peribadi mahupun cenderahati agar kita sama-sama dapat mengkoreksi diri.




TBBK1225 Himpunan Kisah Benar Tapi Pelik
Ustaz Dr. Hj. Zahazan Mohamed

harga: RM26.00   

berminat sila SMS 017-5017275 or PM untuk harga istimewa or layari www.azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=TBBK1225/azamreaders

No comments:

Post a Comment