Wednesday, August 8, 2012

Ensiklopedia Ramadan




Secara umumnya, kita dapati para alim ulama sejak dahulu hingga sekarang banyak menulis kitab berkenaan dengan puasa Ramadan dan hukum hakamnya. Ia ditulis di dalam bentuk bab di dalam khazanah kitab Fiqah yang besar. Ada juga kitab -kitab tersebut yang dikarang khusus membicarakan tentang bab puasa. Kitab-kitab tersebut telah memenuhi rak-rak kedai buku untuk keperluan masyarakat Islam mendalami ilmu yang berkaitan dengan ibadat puasa dan perkara-perkara yang lain.

Buku yang bertajuk “Ensiklopedia Ramadan” ini adalah kumpulan tajuk atau bab yang membicarakan tentang bulan Ramadan dan setiap perkara yang berkaitan dengannya. Ensiklopedia bermaksud himpunan sesuatu tajuk yang hendak dibicarakan. 
Ulama di zaman sekarang banyak menulis buku dengan menghimpunkan tajuk itu dan dibicarakan secara terperinci. 

Buku ini sedaya upaya menghimpunkan tajuk-tajuk yang ada hubungkait dengan bulan Ramadan. Oleh yang demikian, ianya tidak tertumpu kepada ibadat puasa sahaja. Ianya bermula daripada perbahasan berkenaan al-Quran secara panjang lebar hingga kepada bab zikir. Di samping itu, buku ini padat dengan maklumat dan motivasi yang semestinya diketahui oleh setiap Muslim yang berpegang dengan agamanya. Begitu juga dengan peristiwa dan peperangan yang berlaku di dalam sejarah Islam. 

Pengarang juga meletakkan gambar-gambar para Alim Ulama dan foto-foto yang menarik untuk tatapan para pembaca yang  prihatin. Ini supaya mereka dapat mengenali secara dekat ulama-ulama bagi ummah ini yang membawa obor-obor Islam di seluruh pelusuk dunia. Tujuannya untuk mempopularkan mereka supaya para ulama ini menjadi idola kepada masyarakat Islam masakini. 

Ini semua, sebagai pengetahuan khas untuk para pembaca supaya mereka dapat mengenali para ulama secara lebih dekat. Ulama adalah pewaris ilmu para Rasul dan Nabi A.S. Merekalah sebenarnya yang bertungkus-lumus membawa panji-panji Islam di dalam masyarakat manusia semenjak kewafatan Rasulullah S.A.W.. Dikatakan: Melihat kepada wajah ulama itu adalah ibadah. 

Kesemua tajuk yang diutarakan dalam kitab ini dirangkum dan dihimpun berdasarkan kepada susunan huruf abjad. Oleh itu, manhaj atau cara penulisan yang digunakan di dalam buku ini adalah mungkin berlainan dengan buku-buku agama yang sedia ada di pasaran. 

Manhaj yang ditulis ini sebenarnya bertujuan untuk memudahkan lagi para pembaca menyemak dan mengenalpasti tajuk-tajuk  sebagaimana yang terdapat di dalam kandungan buku ini. Oleh yang demikian, ianya disusun dan diatur mengikut huruf abjad. 

Akhir kata, segala yang baik dan sempurna  itu datang dari Allah Azza Wa Jalla dan kekurangan  itu datangnya dari hamba yang kerdil ini. Oleh itu, saya amat mengalu-alukan sebarang teguran membina dan cadangan yang bernas terhadap penulisan yang dhaif ini jika sekiranya ada yang menyimpang  daripada manhaj sebenar. Ini kerana manusia tidak maksum dari dosa dan kesalahan kecuali para Nabi dan Rasul a.s. 

Begitu juga saya mengalukan sebarang teguran kalau tersilap dari segi fakta yang benar dan diyakini, kaedah  keilmuan Islam, methodologi, disiplin para ulama  dan sebagainya. 
Semua kitab selain al-Quran tidak maksum (terpelihara) dari sebarang kesilapan dan kesalahan. Mudah-mudahan cadangan dan teguran tadi menjadi penambahbaikan kepada buku ini ke arah yang lebih baik dan sempurna. 

Oleh yang demikian, sama-samalah kita berkongsi ilmu dan maklumat dengan memartabatkannya di dunia yang fana ini untuk  kebaikan umat Islam sejagat di dunia dan akhirat. 
Semoga kita menjadi tentera Allah dengan menjadi teras dan benteng  mempertahankan agama yang suci ini dan memeliharanya  agar cahayanya berkemilauan di alam buana ini. 

Mudah-mudahan dengan usaha yang kecil ini dapat memberi manfaat kepada umat Islam seluruhnya di dalam mendalami ibadah kepada Allah Taala.
terima kasih sumber: (http://kedaibuku.com.my/katalog-buku/detail/18-agama/flypage/2016-ensiklopedia-ramadhan.html?sef=hcfp)





TBTP1007 Ensiklopedia Ramadan
Telaga Biru
 
RM80.00   
berminat sila sms 017-5017275 or PM or layari www.azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=TBTP1007/azamreaders

No comments:

Post a Comment