Wednesday, July 4, 2012

Manisnya Kurma Ini: Fauziah Mohd Noor



BUKU Manisnya Kurma Ini menceritakan mengenai pengalaman hidup penulis sebagai guru, pensyarah, pelajar serta insan yang bergelar suami isteri.
Semua orang mahu mengecapi nikmat kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Namun dalam perjalanan mencari kejayaan semuanya tidak semudah impian dicita-citakan. 
Terlalu banyak cabaran dan pengorbanan yang terpaksa dilaburkan. Keringat dan air mata menjadi teman setia perjuangan sebenar dalam mencari kejayaan.

Buku ini menceritakan indahnya hubungan dan persahabatan yang dibina atas nama keikhlasan dan kasih sayang kerana Allah s.w.t Selain itu, turut disertakan kisah dan pengalaman penulis mencari ilmu dan kejayaan sehingga ke peringkat tertinggi.

Diceritakan juga perasaan suka duka insan bergelar suami isteri. Perkahwinan pastinya diuji dengan pelbagai dugaan yang mana ada kalanya tidak mampu berdiri menghadapi ujian hidup.

Yang pasti, di sebalik setiap hujan hidup itu ada tersingkap hikmah tersirat di sebaliknya. Kasih sayang Allah tidak ada batasannya bagi setiap duka dan derita pasti ada penghujungnya.


Tajuk: Manisnya Kurma Ini
Penulis: Fauziah Mohd Noor
Penerbit: Inteam Publishing Sdn Bhd
Cetakan: Pertama
Harga: RM20 (Semenanjung) RM22 (Sabah dan Sarawak)


berminat sila sms 017-5017275 or PM untuk harga istimewa or layari www.azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=IRBK1011/azamreaders

No comments:

Post a Comment