Riba, salah satu dosa besar yang nyata namun sering dipandang enteng
oleh kebanyakan orang.
Justeru, riba hidup subur dalam banyak urusan seharian kita.
Riba paling tegar dalam sistem guaman,
perbankan dan kewangan. Amalan riba membuka ruang
untuk kita meniti jalan pintas ke neraka.
Pun demikian, kita sebenarnya mampu untuk melangkah lebih hampir ke syurga
andainya riba kita tinggalkan. Syurga Lebih Hampir Tanpa riba membincangkan
isu dan permasalahan riba dari perspektif pengamal undang-undang dengan
bersandarkan dalil dan nas al-Quran, hadis dan fatwa-fatwa ulama.
Wajib dimiliki, dibaca dan dihayati oleh setiap pengamal undang-undang terutamanya
pada para peguam Muslim yang bercita-cita mahu meletakkan syariat Allah itu
sebagai tunggak dalam karier mereka.
Buku ini juga mengajak umat Islam untuk meninggalkan riba dan memilih
instrumen kewangan yang patuh syariah untuk mendapat keberkatan dalam hidup.
Syurga Lebih Hampir Tanpa Riba, boleh dijadikan rujukan oleh pengamal undang-undang,
mereka yang berminat menjadi peguam, dan amat sesuai juga dibaca oleh mereka yang
terlibat dalam bidang kewangan dan perbankan. Bagi anda yang sedang
menimbang-nimbang untuk membuat sebarang pinjaman bank atau
membuat pilihan instrumen kewangan, bacalah dahulu buku ini,
Iinsya-Allah anda tentu tidak salah membuat pilihan selepas membacanya!
GB0151 Syurga Lebih Hampir Tanpa Riba
Hisham Ahmad
harga: RM22.00
Berminat sila SMS 017-5017275 or PM untuk harga istimewa or layari www.azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=GB0151/azamreaders
No comments:
Post a Comment