Wednesday, July 11, 2012

Adab makan Dan Minum (Cara Dan Etika Rasulullah SAW):::Nordin Jaafar



IRBK1030 Adab makan Dan Minum (Cara Dan Etika Rasulullah SAW)
Nordin Jaafar

harga: RM16.00   


berminat sila SMS 017-5017275 or PM untuk harga istimewa or layari www.azamireaders.blogspot.com or
http://www.stormreaders.net/nProductCode=IRBK1030/azamreaders


Adab makan Dan Minum (Cara Dan Etika Rasulullah SAW):::Nordin Jaafar



Apabila iman menipis di dada, maka perintah Allah SWT dan Sunnah Rasulullah SAW akan terasa seperti suatu bebanan untuk diamalkan. Justeru, adab-adab makan dan minum Nabi SAW yang dimuatkan di dalam buku ini bukanlah bermaksud untuk menyusahkan umat Islam untuk mengamalkannya. Ia sekadar bermaksud meraih cinta Allah dan Rasul-Nya dan mendapat kebaikan yang maksimum jika ia dapat diamalkan keseluruhannya. Jika tidak mampu mengamalkan kesemuanya, cukuplah sekadar kita berazam untuk melengkapkan amalan sunnah Nabi SAW ini dengan mengamalkan sedikit demi sedikit. Biarlah ada peningkatan (value add) di dalam kehidupan kita dalam bab sunnah Nabi SAW ini sebelum kita menutup mata iaitu meninggalkan dunia yang fana ini. Jadilah seperti sikap Abu Bakar as-Siddiq r.hu yang bertanya kepada anaknya Aisyah r.ha selepas kewafatan Baginda SAW tentang sunnah-sunnah Nabi yang masih belum beliau amalkan kerana mungkin tidak ketahuan olehnya sebelum Baginda SAW wafat.

Kita tidak seharusnya berpuas hati dengan amalan sunnah yang sedikit sahaja. Benar, kita ini terlalu jauh dari zaman Baginda SAW, namun bukanlah menjadi alasan untuk meninggalkan sunnah-sunnahnya. Cubalah berazam sedaya yang mampu dan jangan berputus asa. Buangkan sifat malu yang tidak bertempat dalam mengamalkan sunnah-sunnah Nabi SAW kerana setiap sunnah yang diamalkan kerana Allah, sudah pasti ada kejayaannya.

Janganlah bersikap ala kadar dalam mengikuti sunnah ini kerana dalam bab keduniaan, kita sentiasa inginkan peningkatan atau upgrade agar di lihat up to date. Contohnya, kita sentiasa ingin mendapatkan gadget keluaran yang terbaru di pasaran, tetapi di dalam pengamalan sunnah, kadang-kadang kita bersikap “cukuplah sekadar apa yang sudah diamalkan selama ini, lebih baik dari tidak beramal langsung!” Lagi banyak sunnah yang diamalkan, lagi tinggi tanda cinta kasih kita kepada Kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW.

Para pembaca yang budiman. Sekarang adalah masanya untuk beramal! Bukan lagi masa untuk berdebat siapa betul siapa yang salah! Lebih malang lagi apabila kitalah punca penghalang kepada orang lain untuk mengamalkan sunnah Rasul SAW ini. Dengan kata-kata cemuhan kita sahaja sudah cukup ampuh membuatkan orang lain yang sudah mengamalkan sunnah Nabi SAW (namun iman masih belum menebal) akan meninggalkan sunnahnya setelah mendengar saranan (penjelasan berdasarkan nafsu) kita terhadap sunnah yang diamalkan mereka sebelum ini. Kononnya kita sahajalah yang betul. Orang lain tidak betul, salah belaka! Bukannya kata-kata galakan atau pembaikan yang ingin diberikan, bahkan kata-kata penghinaan yang disuapkan. Betapa besarnya dosa tersebut! Maka, bertaubatlah.

Sedihnya kita hari ini, ramai yang sudah berilmu tinggi namun masih belum tentu tinggi amalannya berdasarkan ilmu yang diperolehi. Jadilah insan yang berilmu dan beramal dengan ilmunya walaupun sedikit, bukan sekadar berilmu tetapi menyimpan ilmu tersebut tanpa diamalkan! Berilmu tidak beramal umpama pohon tanpa buahnya.

No comments:

Post a Comment