Nota Hati Seorang Lelaki
Buku ini meluahkan isi hati seorang lelaki yang sangat wajar dibaca oleh mereka yang bergelar isteri, adik, anak, pelajar dan ibubapa kepada mereka yang bergelar LELAKI.
Ia menyelami perasaan dan jiwa seorang lelaki menurut perspektif rumah tangga, pendidikan, moral, ekonomi, politik dan lain-lain “gelanggang” juang mereka. Ia ditampilkan dalam bentuk yang sangat santai tetapi mengandungi maksud yang sangat mendalam. Di sebalik setiap kisah ada mesej penting yang sangat relevan dan signifikan.
Penulis
: Pahrol Mohd Juoi
Kod Katalog
:
TBBK 1112
Kod ISBN
: 978-967-5102-48-6
Harga
: Semenanjung M'sia - RM20.00
Sabah / S'wak: RM22.00
berminat sila SMS 017-5017275 or PM untuk harga istimewa or layari http://www.stormreaders.net/nProductCode=TBBK1112/azamreaders
Hati seorang lelaki...
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masanya mesti selembut sutera
Ah. lelaki...
jika jiwamu tulus kerana Ilahi
Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI!
-Pahrol Mohd. Juoi
Nota hati seorang lelaki adalah suara hati yang ditulis secara jujur hasil daripada pengalaman hidup penulis sendiri yang telah dikongsi bersama keluarga, teman dan kenalan sepanjang kehidupan sebagai anak, suami dan ayah.
Apa yang dipaparkan dalam buku ini tentang perasaan dan jiwa seorang lelaki yang menyentuh persoalan rumah tangga, pendidikan, moral, ekonomi, politik dan lain-lain.
Di sebalik setiap kisah ada mesej penting yang tersurat dan tersirat, sangat relevan dan signifikan yang boleh dijadikan iktibar oleh kita. Gunakan pengajaran masa lampau untuk ‘mengemas kini’ masa kini dan merancang masa depan.
Mereka yang dipaparkan kisah-kisahnya di dalam buku ini hanya manusia biasa tetapi menjadi luar biasa kerana budi, nilai dan akhlak yang tinggi.
Buku ini mengandungi 4 bahagian utama iaitu bahagian satu : nota hati seorang anak, bahagian dua : nota hati seorang suami, bahagian tiga : nota hati seorang ayah dan bahagian empat : nota hati seorang da’i.
Buku ini amat sesuai sekali untuk bacaan kaum Adam yang inginkan perubahan dalam hidup bagi membolehkan peranan sebagai seorang anak, suami dan ayah dapat dijalankan dengan sempurna agar tidak terpesong daripada ajaran al-Quran dan sunah.
No comments:
Post a Comment