Showing posts with label pahrol mohd juoi. Show all posts
Showing posts with label pahrol mohd juoi. Show all posts

Thursday, July 5, 2012

Tentang Cinta:: Pahrol Mohd Juoi











Isu cinta memang menjadi tarikan untuk para remaja sejak zaman-berzaman lagi. Tentang Cinta ini memberikan tafsiran dan persepsi baru mengenai topik-topik yang sering diperkatakan. Apakah sebenarnya yang dikatakan cinta? Bagaimanakah cara untuk bercinta? Bagaimanakah pula cara untuk mencintai dan dicintai? Siapakah role model kita dalam bercinta?
Cinta yang bagaimana yang dikatakan cinta ada class? Itulah antara persoalan yang akan terjawab di dalam Tentang Cinta ini. Bagi yang pernah mengalami kekecewaan dalam percintaan, jangan putus asa. Tataplah Tentang Cinta ini dengan sepenuh hati. Insya-Allah, ada penawarnya.

Nama Penulis : Ust. Pahrol Mohamad Juoi
Harga: RM 27.00
Kod Produk: TBBK 1009
ISBN: 978-967-3494-05-6
Saiz: 16.5 cm x 24 cm
Cetakan: 2 Warna
Mukasurat: 200 ms
berminat sila sms 017-5017275 or PM untuk harga istimewa or layari www.azamireaders.blogspot.com or  http://www.stormreaders.net/nProductCode=TBBK1009/azamreaders

Cinta Kerana Allah: Pahrol Mohd Juoi
























TBBK1216 Cinta Kerana Allah
Pahrol Mohd Juoi

harga: RM30.00  
berminat sila sms 017-5017275 or PM untuk harga istimewa or layari www.azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=TBBK1216/azamreaders

Untuk membina dunia yang lebih aman, kembalilah ke rumah tangga masing-masing. Sayangi seluruh ahli keluarga kita. 
Insya-Allah, apabila rumah tangga telah aman, masyarakat akan aman. Apabila masyarakat aman, negeri dan seterusnya negara akan aman. Dan apabila negara-negara telah aman, seluruh dunia akan aman. 
Ketika dunia semakin bergolak pada saat ini, percayalah itu semua berpunca daripada pergolakan rumah tangga. Ribut dalam ‘cawan’ rumah tangga boleh mencetuskan bada ke seantero dunia. 
Justeru, Allah telah lama mengingatkan;” Selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada api Neraka.” Untuk mengukuhkan hubungan antara dua insan yang bercinta, cinta Khalik (Allah) wajib menjadi matlamatnya. 
Begitulah dengan perkahwinan, matlamatnya ialah mencari keredhaan Allah. Rumah tangga hakikatnya ialah gelanggang ibadah untuk meraih pahala dan Syurga.

Nama Penulis : Pahrol Mohamad Juoi
Harga: RM 30.00
Kod Produk: TBBK 1216
ISBN: 978-967-388-077-5
Saiz: 16.5cm X 24cm
Cetakan: 2 Warna
Mukasurat: 328 ms

Tuesday, July 3, 2012

Mukmin Profesional: Celik Mata Hati : Pahrol Mohd Juoi


Mukmin Profesional: Celik Mata Hati
PDF
Print
E-mail
Mukmin ProfesionalBuku Mukmin Profesional: Celik Mata Hati ini menyerlahkan kembali nilai-nilai teras yang diperjuangkan oleh pejuang Islam silam menerusi pendekatan kontemporari.
Antara kelebihannya ialah:
• Diperkuatkan dengan gaya penyampaian yang saintifik dan artistik yang kini sinonim dengan dunia Barat justeru menyedari bahawa apa sahaja hikmah (tidak kira dari Timur atau Barat) adalah milik Islam. • Memberi satu kerangka besar yang tepat dan jelas mengenai kehidupan. Dengannya, insya-Allah ‘jigsaw puzzle’ kehidupan ini akan terungkai. Hasilnya, para pembaca akan menjalani hidup ini dengan pasti dan yakin. • Setiap bab dihuraikan secara mudah dan praktikal. Walaupun subjek-subjek dalam buku ini sangat serius dan ia bukanlah sesuatu yang popular, namun gaya dan pendekatannya yang mudah dan menarik, menjadikan buku ini mudah difahami dan dihayati. • Gaya yang menghiburkan, dinamik, kreatif dan informatif. Cerita, sajak, ilustrasi, metafora dan kata-kata hikmah yang diselitkan akan membantu pembaca membaca buku ini dengan serius tetapi santai.
Buku yang akan meneruskan momentum dan kesinambungan usaha memartabatkan Islam sebagai satu cara hidup di peringkat yang lebih luas dan menyeluruh. Umat Islam memerlukan ‘personal branding’ (penjenamaan peribadi) yang mantap dalam perjuangannya memartabatkan kembali keunggulan Islam sarwajagat. Maka itu Mukmin Profesional adalah ‘personal branding’ yang diidamkan itu! Insya-Allah.

Penulis : Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Kod Katalog TBBK 1145
Kod ISBN 978-967-5102-96-7
Harga 
: Semenanjung M'sia - RM55.00
: Sabah / S'wak: RM55.00


berminat sila SMS 017-5017275 or PM untuk harga istimewa or layari www.azamireaders.blogspot.com or http://www.stormreaders.net/nProductCode=TBBK1145/azamreaders

Nota Hati Seorang Lelaki : Pahrol Mohd Juoi

Nota Hati Seorang Lelaki Buku ini meluahkan isi hati seorang lelaki yang sangat wajar dibaca oleh mereka yang bergelar isteri, adik, anak, pelajar dan ibubapa kepada mereka yang bergelar LELAKI. Ia menyelami perasaan dan jiwa seorang lelaki menurut perspektif rumah tangga, pendidikan, moral, ekonomi, politik dan lain-lain “gelanggang” juang mereka. Ia ditampilkan dalam bentuk yang sangat santai tetapi mengandungi maksud yang sangat mendalam. Di sebalik setiap kisah ada mesej penting yang sangat relevan dan signifikan.

Penulis : Pahrol Mohd Juoi Kod Katalog :
TBBK 1112 Kod ISBN : 978-967-5102-48-6
Harga : Semenanjung M'sia - RM20.00
Sabah / S'wak: RM22.00
berminat sila SMS 017-5017275 or PM untuk harga istimewa or layari http://www.stormreaders.net/nProductCode=TBBK1112/azamreaders
Hati seorang lelaki...
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masanya mesti selembut sutera Ah. lelaki...
jika jiwamu tulus kerana Ilahi
Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI!

 -Pahrol Mohd. Juoi

 Nota hati seorang lelaki adalah suara hati yang ditulis secara jujur hasil daripada pengalaman hidup penulis sendiri yang telah dikongsi bersama keluarga, teman dan kenalan sepanjang kehidupan sebagai anak, suami dan ayah.

 Apa yang dipaparkan dalam buku ini tentang perasaan dan jiwa seorang lelaki yang menyentuh persoalan rumah tangga, pendidikan, moral, ekonomi, politik dan lain-lain.

 Di sebalik setiap kisah ada mesej penting yang tersurat dan tersirat, sangat relevan dan signifikan yang boleh dijadikan iktibar oleh kita. Gunakan pengajaran masa lampau untuk ‘mengemas kini’ masa kini dan merancang masa depan.

 Mereka yang dipaparkan kisah-kisahnya di dalam buku ini hanya manusia biasa tetapi menjadi luar biasa kerana budi, nilai dan akhlak yang tinggi.

 Buku ini mengandungi 4 bahagian utama iaitu bahagian satu : nota hati seorang anak, bahagian dua : nota hati seorang suami, bahagian tiga : nota hati seorang ayah dan bahagian empat : nota hati seorang da’i.

 Buku ini amat sesuai sekali untuk bacaan kaum Adam yang inginkan perubahan dalam hidup bagi membolehkan peranan sebagai seorang anak, suami dan ayah dapat dijalankan dengan sempurna agar tidak terpesong daripada ajaran al-Quran dan sunah.